Samat Jalan Kak Ina & Abg Rachit

March 30th, 2008 by jeprizulkepli

salam semua…

Semalam berangkat pulang sorg lagi warganegara Malaysia yang sama mengaji kat Brunel ni. Cuma kak ina amik master in biomedical engineering… bestnya balik malaysia… rasa cam nak balik jek masa nampak dorg mengusung beg… ala2 kene kuar jek dari bumi UK sebab undian tidak memihak kepada mereka… huhu

maka tinggallah kami2 adik2 yang masih berada di bumi asing ini meneruskan pengajian memasing…. hopefully, dapatlah abis dalam masa yang ditetapkan…. risau gak ni, bila dah 3 bulan aku kat cni, masih takde progress apa2… huh!!! masuk topik lain plak… tukar balik….

kak ina n abang rachit ni kami anggap seperti kakak n abang sendiri, sementelah kami sendiri termasuk aku takde keluarga..abang rachit n kak ina lah yang rajin bawak kami berjalan2, beli brg2, tunjuk kedai2 yang ok, outlet2 yang ok, plan buat memacam… yelah, macam keluarga yang besar…. so, bila dah rapat camni, tiba hari berpisah… huhuhu… sib baik tak nangis kat heathrow semalam… kalau tak, buat malu jek…. huhu… yang takde masa antar dorg, kak sha n abang husni g dubai, shah balik mesia, wawa balik US… takpe… leh jumpa lagi nanti kan… huhu

nway, buat abang rachit n kak ina, semoga kita akan bertemu lagi… tidak di dunia, tapi insyaAllah, di akhirat kelak… huh!!!! takut plak dengar bunyinye…

salam…. S7300142

nilah abg rachit n kak ina, sebelah aku tu, mak ngah… kak ina tak bagi amik 3 org… hehe… aku pun ajaklah makngah amik sekali…

S7300141 ni gambar lelaki2 terhangat dipasaran… hehehe… mana2 gambar yang tak pandang kamera tu, sebabnya banyak sgt kamera amik. so taktau mana 1. almaklumlah, gelemerlah katakan…. huhu

S7300138 yg ni plak, gambar wanita2 korporat zaman milenium.. bergaya btol… tapi semua taknak pandang kamera aku… kemera murah lah katakan… huhu

tu saja gambar yang boleh aku masukkan.. jumpa lagi…

duit ku hilang tak semena2….

March 29th, 2008 by jeprizulkepli

salam semua…. ni pestaim aku bukak blog… kebusanan melanda diri ini apabali tiada apa yang hendak ku lakukan… sebenarnya ada, tapi tulah… kemalasan melanda diri ini… so, saja2 jek reka blog ni tuk tatapan org2 yang sama juga seperti aku…. tiada keje nak buat… hehehe

erm…. minggu lepas aku buatlah tempahan tiket belon, semangat nak balik bulan 12, tempah awal2, takut tiket mahal plak reganya… so, belilah melalui online agent… pas penat2 aku isi, dalam takut2 lah gak (sebab pestaim, aku ni semua pestaim, dah bertaim2 pun, pestaim gak…huhu), almaklumlah, takde pengalaman… maka cube2lah beli… sekali, failed…. takpelah, sep gak duit aku bila tgk kat intenet banking, mujurlah dia tak potong.

lepas tu, semalam bila aku nak kuarkan duit 300pounds (kunun2 nak bayar kat abang mahadi sebab plan nak guna kad kdt dia), duit aku tak cukup dalam bank!!!! tgk kat intenet ada 700pounds lagi, mana ilang lagi 600pounds????? musykil…. aku dengan beraninya (kunun2 jek) masuklah dalam bank tu tanya (sesambil tu berpk apa aku nak cakap ngan minah london tu ek, almalumlah, BI aku ‘terer’ sgt), mana ilangnya duit aku, dalam penyata ada 700, tapi bila nak kuarkan, takleh, kata amaun yang sedia ada tak cukup??? huh!!! berasap gaklah kepala otak aku ni, dengan nak translate apa yang dia cakap, dengan nak dengar, dengan nak susun ayat backing aku tak salah…. sian kat aku… minah bank tu (mujur tak kene ngan sorg pompuan kerek tu) pun cakap aku dah beli online tiket… so, kene kontek balik agent (opodo namanya)…

sampai kat opis, amik hs, hs plak betri kong… maka berpatah baliklah aku ke bilik yang jauhnya tidaklah berapa dekat…. sampai bilik terus tepon agent tu…  tepon2, maka jadilah seprti ayam dan itik bercakap…. aku itik, dia ayam…. laju betul cakapnya, yang aku paham satu jek…. your name is not on the list… so, how about my money(dalam hati, uiks, ok gak aku cakap omputeh ni)? aku reply balik…. pastu dia kata, mintak bank statement, pastu scan, antar kat dia thru email. nanti dia deal balik (bukan dia cakap melayu ek, tapi aku translate, bulehlah sesikit tu paham apa dia cakap)…

aku pun pergilah balik ke bank yang tak berapa dekat dengan bilik aku (berpeluh gaklah wpun coca sejuk beku time tu, almaklumalh berdarah panas kan…). "so, u came back" jawap zinnat minah HSBC tu.. aku pun menjawab dengan muka seposen, "ya, a bit tired oz I have to go to my room…n then bla.. bla… bla… bla…". muka si zinnat tu berkerut2 plak (ada 2 sebab napa dia berkerut, 1. sebab tak paham apa aku cakap, 2. maybe kesian ngan aku kot, yang kedua ni susah sikit nak pecaya.. huhuhu)… lepas je dia tanya aku "are sure that your booking is failed"… aku pun jawab ngan kompiden "ya, i’ve contacted opodo twice, i called MAS, n neither said my name was on list"…. huh!!! kene tipu gak zinnat ni, penadai jek aku kata kol 2x, padahal sekali jek…. pastu mana da kol MAS, saja nak wat kompiden supaya dia bagi aku statement bank tu….

alkisahnya, rupanya, buleh aje dia batalkan tempahan tu..klik sana, klik sini, then… ok, its ok now, you can check your balance, it still 700pounds… sat jek dia buat…ceh!!! kalau aku tau, takdelah aku susah payah balik kebilik, cari wayar tepon, topup kdt, datang balik… huh!!! tensen… tapi takpe…. janji aku dapat balik duit aku…

at last, berjaya juga aku membooking tiket balik masia…. guna kad kdt abang mahadi… sebab apa aku guna??? ha… ni jawapan pegawai bank (bank mana, rahsiyeeee…. taknak jatuhkan air muka bank tu) bila aku mintak upkan kdt limit aku…. "maaflah en jafri, kdt limit tak boleh nak tambah sebab gaji en jafri mmg cukup untuk kdt limit tu sahaja, takut jugak en jafri tak mampu nak bayar hutang"… huh!!! eksen sungguh org itu berkata2… tak nak bagi sudah…. tak heran!!!!!

so, moral of the story….

belajarlah bahasa inggeris dari buaian hingga ke liang lahad… jgn jadi cam aku…. belajar dari sekolah rendah, menengah, matrik, degree, master sampailah ke phd ni… tak pas2 gak… huh!!! apa nak jadilah aku ni…. huhuhu

sampai jumpa lagi….