hari ini tetap terasa….
salam…. lama dah tak update benda ni… bukan taknak nulis, tapi rasa cam malas jek nak update. lagipun, takde cerita yang mearik nak cerita… hari2, aktiviti2 yang sama jek. huhuhu…
hari ni, hari sebelum ini, hari hari sebelum ini, hari hari hari sebelum ini, aku terasa hati sangat ngan seseorang. sampaikan, suatu ketika, aku ni terasa ibarat aku menyusahkan orang ajek duduk kat sini. kalaulah aku tau dia berperasaan seperti itu yang aku ni ibarat mempergunakan dia, sungguh, demi Allah, aku takkan sekali pun meminta pertolongannya, ataupun menyambut tawaran pertolongan dia. sungguhpun dia kata dia bergurau, tapi bagi aku, kata2 dia tu sungguh menusuk kalbu, hati yang dalam… huhuhu… orang lain mungkin akan kata, ala, perkara kecik jek…. tapi bagi aku, bila orang kata aku ni ibarat menggunakan org lain untuk kepentingan diri aku sendiri, erm…. tahlah… maybe aku ni sensitip sgt kot… kenapa ek aku susah betul nak lupakan apa yang orang tu kata kat aku?????? aku pk sgt kot… nak wat camana… aku bila pandang jek muka dia, mesti aku teringat apa yang dia kata… rasa macam takleh bertemu pulak. tapi nak wat camana, kat cni, berapa sgt lah org melayu yang ada. pusing2 kat ctu gak… so, aku mmg takleh lari dari bertembung ngan dia. dok plak berdekatan. so, nak lari camana… erm… maybe salah aku gak, kengkadang aku ni mudah sgt nak terima pertolongan org, ajakan org, atau apa2 sahajalah yang melibatkan atau menampak kan yang aku ni menggunakan org tu… erm…. tahlah…
aku harap aku leh lupakan benda ni sebab kalau boleh aku taknak menyimpan apa2 perasaan sakit hati, atau terasa kat dia. sebabnya, aku kalau boleh nak buat baik kat semua org. kalau boleh kan… tapi tulah, bak kata org, bukan semua org akan kata kita buat baik sebab kita ikhlas, mungkin orang akan kata kita buat baik sebab kita nak kan balasan. mungkin jugak org akan kata kita buat baik sebab nak tunjukkan kita ni baik, supaya org kata kita ni baik lah, itulah, inilah… erm… taktau apa yang ada dalam hati org…
ahad minggu depan, aku cuba untuk kumpulkan semua org2 malaysia kat brunel ni. aku harap, benda ni akan jalan dengan baik. biarpun dengan bahasa inggeris aku yang ala2 tahap tadika, tapi aku gagahkan diri gak g jumpa ngan orang2 kat brunel international tuk tanya camana nak jalankan program ni. tu pun, dengan bantuan shah ngan abang mahadi. mujurlah dorg free ketika tu. kalau tak, rasanya, banyak yang aku silap dengar daripada filiz tu. aku benar2 berharap agar majlis ni berjalan dengan baik dan lancar.
ini yang pertama dan mungkin yang yang terakhir buatku tuk wat program sossial kat brunel ni lepas yang abang rachit buat dulu. sebabnya, sebelum ni, aku banyak mintak tolong ngan shah…. dari nak beli brg2 BBQ, sampailah cara2 nak perap ayam tu… lepas ni shah dah takde, so rasa macam patah plak sebelah kaki. dulu pun, masa kau buat majlis yang tumpang umah abang mahadi n imah yang tolong masak, aku mintak tolong shah ngan wawa. teman aku g beli barang2 sebab nak angkut sengsorg, tak larat. yelah, kalau dekat, takpe. ni jauh. masa aku nak beli kek tuk abang husni pun, aku mintak tolong shah ngan wawa gak. dorg gak yang tolong2 cover aku cakap. erm… rasanya, lepas ni, aku dah takleh nak buat majlis2 sosial camtu lagik. sebabnya, dorg2 tu dah nak grad pun. nak buat sorg rasa tak larat pulak. kalau aku ada transport, takpelah gak. huhuhu…. harap2 lepas ni, aku tak delah desperate sgt nak mintak tolong lagi ngan semua org…
Jumaat lepas, kuar makan ngan shah ngan wawa lagi… mana lagi kalau tak southall… kat ctu jek banyak makanan halal. tetiba rasa sedih plak bila dorg bercerita pasal nak balik bila, nak siapkan cecepat, nak balik cecepat. lagi2 bila aku kata ‘lepas ni nampaknya, aku kuar sorg2 jelah melayan hati yang lara…’ huhuhu
erm… lega sikit perasaan aku yang tiga hari aku pendam… idup kat cni rupanya bukanlah semudah yang se happy yang ku sangka dan harapkan. yang jelasnya, aku tetap keseorangan bila menghadapi masalh ni sorg. selalunya aku selalu share apa2 yang aku rasa ngan shah. lepas ni, erm… aku harap, adalah seseorang yang boleh aku share bila shah dah grad… hopefully…. amiiiinnn…
sebenarnya kan… kan… kan…
aku masih takleh ilangkan perasaan terasa hatiku ngan kata2 org tu… lagi2 bila melihat wajahnya… hai… entahlah…. sabo jelah kan… moga Allah tolong hilangkan perasaan jahatku ini…. amiiinnnn…
August 7th, 2008 at 1:56 am
Sabar banyak2 tau abg jep….relax2la….buat donno je….
hehehehhe….=)