aku kene tendang dari Brunel…. waaaaaaaaaa
Thursday, July 10th, 2008pagi yang cerah ni aku dikejutkan dengan panggilan telefon… biasanya kalau org kol hs aku, aku takkan angkat… sebabnya 1 jek, dengan tahap cipan bahasa inggeris aku ni, lebih baik aku mendiamkan diri ajek… tapi, tah sebab apa tah arini, aku gagahkan diri jugak angkat phone tu… melihatkan no yang tertera, aku rasa aku tau area mana yang kol. mesti org2 brunel ni. manalah tau nak bagitau pasal penginapan ke, makan free ke, kene kuar dari hostel lagi ke sebab dah amaran kedua aku dapat sebab letak periuk nasik dalam bilik (letak pun takleh, kedekut space btol.sukati akulah, bilik aku.. huh!!!!.. dahlah org lain guna aku punya deepfryer, takkan periuk nasik pun nak letak kat kitchen… tensen btol)…
angkat je phone tu, tiba2 minah saleh berkata2… sib baik aku boleh tangkap apa yang dia cakap…. "Mr jafri, the dean want to see u. I hope u can come now"(lebih kuranglah camtu ayatnya, kalau salah maapkan lah insan yang kurang pengetahuan english ni yek." uiks… pehal plak tetiba dekan nak jumpa aku ni????? aku tertanya2 dalam hati…. oooo… baru aku teringat, maybe pasal progress report yang aku baru submit tu kot…. erm… maybe lah… huh!!! berdebarnya nak dapat keputusan. tah leh sambung tah tak…
dalam keadaan sejuk beku (nama jek summer, tapi tak macam summer pung… pelik btol coca kat sini), aku pun dengan baju yang baru beli kat disneyland paris (berlagaknyeeeeeeee…. kunun2 hensem lah, ceh!!!!!!!!), sambil tutup kepala sebab hujan menjelama dengan tetiba, aku menuju ke bilik dekan… aiseymen, mana plak bilik dekan ni…. huh!!!nama jek dok brunel, bilik dekan pun aku tak tau… teruk btol… jalan jelah… pastu tanya ngan kaunter tu, jumpa pun bilik dekan… dalam hati, berdebar2 sebab aku ni pestaim jumpa ngan dekan sini, org sini kata dekan ni bz semaca… tapi yang aku pelknya, pehal plak dia nak jumpa ngan mamat yang bengon english ni????? pelik…. huh!!! lantaklah… janji aku p jumpa dia….
ketuk jek pintu, dia suh aku masuk lepas aku kenalkan diri… lepas dia suh aku duduk, dia pun bagi aku satu sampul surat. ‘wat is this???’ aku tanya… pastu dia jawab… ‘just open it’….
aku bukak jek, maka tertera lah nama aku dengan kepala surat brunel business school… ai, pasal pe plak antar surat ucapan terima kasih sebab aku masuk brunel ni?????? patutnya hantarlah b4 aku daftar sini atau hantarlah lepas aku grad nanti… erm… aku pandang muka dia… sambil aku angkat kening… ‘I dun understand. what is this????"
dekan dengan selambanya berkata….
"your progress since last 6 months ago, is not very well. plus your poor english and your paper submitted in the PhD symposium is not worth it… so, we have made our decision. you cannot continue your study here"
aku dengar jek perkataan takleh sambung tuk next year, hampir berair mata aku ni… aku pun tanya balik, sebab apa aku takleh sambung? kenapa plak? aku baru 6 blan kat cni, baru jek jumpa gap… pastu dia cakap (tulis dalam melayu lah senang, malas plak nak tulis BI dalam keadaan sedih ni)…. salah u sendiri, siapa suruh malas nak join kelas, malas nak p seminar, lembab membaca… your sv also is not satisfied with your work!!!!
what??????? sv aku kata camtu… hampeh btol… dulu kata you done well… alih kata tak puas hati plak ngan aku… ceh!!!oooo…. berlakun rupanya sv aku ni… kata, its ok… its ok… abisnya, aku yang KO…
kuar jek dari bilik dekan tu, aku tgk ramai gak yang dapat sampul cam aku… bertanda merah… eh, apsal ada gak yang bertanda hijau… rupanya, admin kat cni dah tanda, mana yang failed, semuanya merah… yang pas, hijau… takpelah… bukan rejeki aku kat uxbridge ni… peliknya, aku taklah menangis sangat… eh, bukan, tak menangis langsung… kenapa ek? erm.. masa tu dah terbayang kat benak minda aku… ha, kompom lepas ni ada yang ngutuk aku… kata aku tak abis phd… lepas tu terbayang kisah2 sebelum aku buat phd ni. pernah menangis sebab takleh sambung kat brunel ni, sebab aku merampas kouta org… alhamdulillah, rayuan aku didengar Allah… berjaya jugak aku menjejak kan kaki kat cni… biarpun sedih meninggalkan harta pusaka dunia akhirat kat malaysia tu, tapi aku gagahkan diri gak… tapi la ni, aku terpaksa berpatah balik pulak… huhuhu… takpelah, bukan rejeki ku di sini or maybe rejeki setakat ini sahaja… lantak org nak kata apa… kalaulah dorg tau betapa seksanya nak cari gap phd ni, baru dorg tau langit ketujuh ngan kerak bumi tu jauh ke tak… huhuhu….
sambil jalan nak balik ke opis sebab aku nak kemas brg aku, aku terpikir, ada hikmahnya aku kene balik awal ni… at least, aku ada alasan nak buat kat Malaysia… pastu pk balik, sapalah nak amik aku ni… dulu semua tak reply bila aku approach… oooo…. takpe, Dr Razman masih ada… at least, aku bleh sambung kat uum… pastu buat ngan Dr Razman, in fact dia pun org system dynamics… takpelah brunel, ko tendang aku… tak heran, banyak tempat aku leh sambung balik… huh!!!! berlagaknya aku… pelik btol lah.. kenapa ek aku tak sedih… erm… maybe sebab aku pikirkan aku akan kembali bersatu dengan keluargaku… yeaaaaahhhh… may b that is the main reason kenapa aku tak sedih… takpelah…
elok jek aku jalan ke opis… tetiba ada org panggil aku… aku pusing jek belakang….
huh!!!!! mimpi rupanya aku…. aku masih berada di Brunel ini… atas katil.. dalam bilik 003, flat 14, flemming hall….. tgk2 jam, baru kol 7 pagi…. waaaaaaaaaaaaa…… sib baik… kalau tak, mesti meruntun air mata aku kluar sebab balik tanpa segulung ijazah kedoktoran… huhuh… mimpi yang menakutkan… hopefully, tak jadilah menda tu… baru aku tingat, yang aku blom lagi submit progress annual report kat Dr Tillal, sv aku… nampaknya, aku kene ubah ayat aku yang aku tulis sebelum ni….
‘this candidate is progress SO WELL’…. maybe sebab nilah aku mimpi tadi… perasan progress so well… cit!!!! pooooodaaaaahhhhh!!! huhuhuuh…. scary nya mimpi aku tadi… menakutkan….
tapi kan, lepas jek aku mimpi tadi, kenapa aku tak insap2????? masih lagi sambung tdo, pastu bangun, buat dunno jek, malas nak membaca, dok men frenster lah, ym lah, huhuhuhu… apalah nak jadi ngan aku niiiiiiiiiiiiii??????????????????? huhuhuhuhu