Archive for April, 2008

aku ke yang salah… huhu

Thursday, April 17th, 2008

salam… jumpa lagi kepada peminat2 blog aku… ceh!!! poyo jek aku ni, macamlah ada org baca blog aku… tah tah… takder sorg pun baca, aku yang syok sendiri… alah, tak kiisahlah… janji aku leh releasekan tensen… aku ngah buat ayat2 dalam BI ni… tuk proposal aku, tapikan, tak de idea plak… semalam banyak plak idea… tapi biasalah, melompat2 perginya… sat masuk topik a, sat masuk topik b.. erm… bak kata kak sha, takpe… itu biasa… buat jek.. nanti susunlah balik… erm… buat jelah kan, janji aku leh siapkan at least untuk simposium phd bulan mei ni… lagipun, la ni aku pun ngah tensen sebabnya… org2 dalam opis aku ni (kebanyakan org arab) cakapnya, macam sebetu jauhnya. aku yang guna headphone ni pun leh dgr sora dorg… isk, takde etika btol… aku borak ngan kak sha yang satu opis pun pakai ym… semata2 hormatkan org2 dalam opis ni… dorg ni… isk… mmg tak blajo pendidikan jasmani btol… tgk betapa baiknya org2 malaysia ni, paham adat dan budaya, kalau kami cakap sesama pun kami cakap dalam bahasa inggeris, bukan nak belagak, tapi supaya dorg paham apa yang kami cakap (taktaulah dorg paham ke tak dengan tahap cipan BI kami ni)… nak gtau yang kitorg ni tak ngumpat dorg… kalau nak cakap melayu, borak dalam ym… tapi dorg ni, macam yang aku cakaplah… takde perasaan betol… arghhhh!!!! tensen siotttt!!!!!

kita cite lain lah plak ek… nak tunggu org2 hati batu ni (isk, tak baik pulak aku ni, dahlah malam jemaat)…ops… tukar2… org2 yang baik hati ni, nak tunggu benti sampai esok pun tak berenti cakapnya. baik aku citer apa yang aku rasa selama tiga bulan aku kat cni….

since aku sejak sampai cni, ramai gak yang tanya aku, camana dok kat negara org, best ke tak??? erm… apa yang aku leh jawab??? org2 kat cni yang paham perasaan aku… tu pun ada gak yang kengkadang tu tak paham gak… nampak jek aku ok, tapi hakikatnya, memana aku p, aku mesti ingat kat iman ngan zah…. kalau jenjalan kat uxbridge tu, kalau ternampak anak2 org yang hampir2 sebaya ngan iman, aku mesti rasa cam nak menangis… tapi, tahanlah cecepat…. sebab nanti org ingat kenapa plak… alhamdulillah, Allah sentiasa bersamaku, menenangkan pikiran ku dikala aku kesepian… huhuhu sodeh plak….

ada gak yang kata aku ni pentingkan diri sendiri…tanya, dah tau org umah mintak KPLI, kenapa mintak jejauh?? kalaulah dorg tau yang aku ni TAK PERNAH nak mimpi blajo jejauh ni.. bagi aku, kalau nak improve english pun, aku akan ke UIA. tapi, tulah, bukan aku tak pernah apply mana2 universiti kat dalam, tapi maybe sebab aku ni tak pandai, maka semua tak reply email aku… dulu pun masa intebiu tutor, selamba rock jek aku jawab aku taknak sambung kat luar sebab aku ni iman tak kuat, so aku takut terpengaruh. risau… tapi maybe dah ditakdirkan aku berada kat UK ni, aku pasrah jek… hakikatnya, tak pernah termimpi pun dalam hidup aku ni tuk p jejauh dari keluarga….

pastu, ada gak yang tanya… dah mintak jejauh tu, kenapa tak suh jek org umah abaikan KPLI tu… biarkan jek… kene tegas sikit pada bini suh ikut sekali…. erm…. aku bukan jenis yang suka pentingkan diri sendiri, apa yang aku pk time zah dapat KPLI tu, aku syukur ke hadrat Ilahi, sebab dah lama mengidamkan jawatan cekgu tu… lama sungguh, sampai mintak kali kelima baru lepas… tulah rejeki namanya kan, tak siapa yang tahu…

mungkin ada yang pk aku dok sini sonok sengsorg, sebab takde bini… huh!!!! apa yang aku boleh jwb, aku senyum jek… sebab, hanya Allah dan aku sahaja yang tau apa yang aku rasa… seronok secara zahir, derita secara batin… tapi mesti ke aku tunjukkan sedih aku kat org? habis habis org akan kata, sabar bebanyak… sabar bebanyak… tapi betullah apa yang dorg kata tu, aku pun selalu kata camtu kalau org ada masalah…. hakikatnya kini aku sedar, org akan sedih ngan kita kejap sahaja sebenarnya… kita sentiasa sendiri sebenarnya walaupun kita dah kawin, dah ada anak…. dah ada keluarga… hatta, kalau kita mati pun, sampai kita masuk kubur sahajalah org akan sedih, bila dah semua balik rumah, susah nak cari org yang sentiasa sedih… tapi bagus jugak camtu, bak kata omputih, life must go on… huhuhu

aku nak jenjalan bulan May ni, saja mereleasekan tension… tapi bila aku cakap kat seseorg aku nak berjalan, bila dia kata aku ni jalan jek, tak ingat kat anak bini ke????????? arghHHH!!!!

adakah dengan berjalan sakan tu aku akan melupakan pada anak bini?????? TIDAK!!!!! bahkan aku sentiasa ingat…. kalau tak percaya, tanya Allah dalam munajat yang dilakukan…. hanya cara tu jelah yang boleh menghilangkan SEDIKIT rindu pada anak bini… sebelum ni, aku tak pernah meletakkan gambar anak bini aku dalam wallet aku, tapi sejak aku kesini, gambar tu jelah yang menjadi tatapan aku kala nak tidur, kala aku kesepian, kala aku sendiri memikirkan nasib masa hadapanku, kala merah, kala biru, kala hijau serta kala2 yang lain dan tak lupa juga kala jengking (aku terpaksa buat lawak sikit sebab air mata aku dah mengalir ni, malu plak aku kat rerakan seopis, lagi2 kak sha sebab dia dok depan aku)….

aku ke yang salah sebab aku tak tegas pada bini aku supaya tinggalkan je KPLI tu? aku ke yang salah sebab aku pentingkan diri sendiri semata nak sambung phd n buat kat luar pulak tu? aku ke yang salah sebab tinggalkan bini aku pelihara anak aku sengsorg??? aku jugak ke yang salah bila aku kuar berjalan masa kat UK ni???? salah aku ke sebab aku tinggalkan famili aku aku mesia???

bak kata shah, biarlah apa org lain kata, asalkan kita tahu apa yang kita buat… erm… aku pun pernah cakap macam tu kat diri aku, tapi kengkadang aku pun terbabas gak… makan hati ngan apa yang org lain cakap tu…. sungguhpun dorg tak sepesifiknya maksudkan aku, tapi jiwa aku yang sensitip ni… tetap terasa… aku pendam jelah…. nak wat camana kan…

nampak macam gembira, tapi hati ini siapalah yang tahu…. huhuhuhuhuu…..

aku yang makin tensen…huhuh

Thursday, April 10th, 2008

aku dok kat opis ni… rasa malas plak nak membaca… rutin harian yang membusankan… baca pun, tak paham apa  yang aku baca… pulak tu, main kopi n pes jek kejenya bila nak wat summary….

erm.. takde tempat aku nak luahkan perasaan ku ketika ini.. sib baik blog ni ada… arrrgggghhhh!!!! tensennye… 3 bulan dah aku kat cni. tapi, macam takder progress jek… dahlah nak review bulan 5 ni, proposal pun aku blom buat… nak wat cmana… gap nyer aku tak jumpa lagi… erm… org lain (rerakan semeleysia) semuanya dah ada memacam… kak sha, dah 3 paper dia antar, kak aida dah start programming, abang mahadi dah setel dia punya proposal, fandi…toksah  kiralah… dia lagi adbance… jepri zulkepli???? huh!!! habuk pun tarak… waaaaaaaa….. rasa cam nak balik mengajar jek… tapi kalau aku balik pun, mesti org dok gelakkan aku… pastu ngata aku… waaaaa…. kemana lagi nak kutuju….

beginilah nasib diriku yang malang oh Tuhan…..

erm… semalam p jumpa svisor…. erm… alhamdulillah, kali ni tak tersekat2 aku bercakap… tapi, nampak macam dia tak paham jek apa yang aku cakap… siap aku terlepas lagi cakap melayu ngan dia… "i want to do like this lah…. erm… ala, camana nak cakap ni"…. huh!! mujur dia tak paham… wat malu jek aku ni… banyak gak Dr Tillal bagi idea kat aku, tapi masalahnya…. student dia sorg ni yang tak paham2 ni…. albengap betollah…susah gak aku nak mulakan topik baru ni… no wonderlah ramai yang kata phd ni susah… tulah… dulu berlagak sgt, la ni… padan ngan muka aku… huhuhu

oklah… nak sambung kije…. lain yang aku plan, lain plak yang aku buat rini… huhuhu