kenapa aku susah untuk maafkan org???

August 27th, 2008 by jeprizulkepli

saja jek post kat cni… taknak tulis pepanjang… sat g, msti takleh post… penat jek tulis pepanjang… erm…. cerita lanjut… silalah ke blog aku yang tah apa apa tah ittew (erm… glemer plak perkataan ni…)

http://jeprizulkepli.blogspot.com

iman…iman… kenapalah rambut ko tak tumbuh tumbuh??? camtu gak… huhuh

August 24th, 2008 by jeprizulkepli

Our apologies.

Friendster Blogs has encountered an error. The requested page could not be found or the requested action could not be completed.

————————————————-

msg dari friendster. ni yang malas aku nak update kat cni. sat g, taip pepanjang, satu hapah pun tak kuar.. so, jenguk2lah kat cni ek…

http://jeprizulkepli.blogspot.com

tengkiu for kaming… ahaks… skipping lak aku…

prenseter ni bengong sikit rini..

August 21st, 2008 by jeprizulkepli

so, aku buat akaun baru kat blogspot.. sambungan kisah minah datin tu…. http://jeprizulkepli.blogspot.com/

hari ini tetap terasa….

August 4th, 2008 by jeprizulkepli

salam…. lama dah tak update benda ni… bukan taknak nulis, tapi rasa cam malas jek nak update. lagipun, takde cerita yang mearik nak cerita… hari2, aktiviti2 yang sama jek. huhuhu…

hari ni, hari sebelum ini, hari hari sebelum ini, hari hari hari sebelum ini, aku terasa hati sangat ngan seseorang. sampaikan, suatu ketika, aku ni terasa ibarat aku menyusahkan orang ajek duduk kat sini. kalaulah aku tau dia berperasaan seperti itu yang aku ni ibarat mempergunakan dia, sungguh, demi Allah, aku takkan sekali pun meminta pertolongannya, ataupun menyambut tawaran pertolongan dia. sungguhpun dia kata dia bergurau, tapi bagi aku, kata2 dia tu sungguh menusuk kalbu, hati yang dalam… huhuhu… orang lain mungkin akan kata, ala, perkara kecik jek…. tapi bagi aku, bila orang kata aku ni ibarat menggunakan org lain untuk kepentingan diri aku sendiri, erm…. tahlah… maybe aku ni sensitip sgt kot… kenapa ek aku susah betul nak lupakan apa yang orang tu kata kat aku?????? aku pk sgt kot… nak wat camana… aku bila pandang jek muka dia, mesti aku teringat apa yang dia kata… rasa macam takleh bertemu pulak. tapi nak wat camana, kat cni, berapa sgt lah org melayu yang ada. pusing2 kat ctu gak… so, aku  mmg takleh lari dari bertembung ngan dia. dok plak berdekatan. so, nak lari camana… erm… maybe salah aku gak, kengkadang aku ni mudah sgt nak terima pertolongan org, ajakan org, atau apa2 sahajalah yang melibatkan atau menampak kan yang aku ni menggunakan org tu… erm…. tahlah…

aku harap aku leh lupakan benda ni sebab kalau boleh aku taknak menyimpan apa2 perasaan sakit hati, atau terasa kat dia. sebabnya, aku kalau boleh nak buat baik kat semua org. kalau boleh kan… tapi tulah, bak kata org, bukan semua org akan kata kita buat baik sebab kita ikhlas, mungkin orang akan kata kita buat baik sebab kita nak kan balasan. mungkin jugak org akan kata kita buat baik sebab nak tunjukkan kita ni baik, supaya org kata kita ni baik lah, itulah, inilah… erm… taktau apa yang ada dalam hati org…

ahad minggu depan, aku cuba untuk kumpulkan semua org2 malaysia kat brunel ni. aku harap, benda ni akan jalan dengan baik. biarpun dengan bahasa inggeris aku yang ala2 tahap tadika, tapi aku gagahkan diri gak g jumpa ngan orang2 kat brunel international tuk tanya camana nak jalankan program ni. tu pun, dengan bantuan shah ngan abang mahadi. mujurlah dorg free ketika tu. kalau tak, rasanya, banyak yang aku silap dengar daripada filiz tu. aku benar2 berharap agar majlis ni berjalan dengan baik dan lancar.

ini yang pertama dan mungkin yang yang terakhir buatku tuk wat program sossial kat brunel ni lepas yang abang rachit buat dulu. sebabnya, sebelum ni, aku banyak mintak tolong ngan shah…. dari nak beli brg2 BBQ, sampailah cara2 nak perap ayam tu… lepas ni shah dah takde, so rasa macam patah plak sebelah kaki. dulu pun, masa kau buat majlis yang tumpang umah abang mahadi n imah yang tolong masak, aku mintak tolong shah ngan wawa. teman aku g beli barang2 sebab nak angkut sengsorg, tak larat. yelah, kalau dekat, takpe. ni jauh. masa aku nak beli kek tuk abang husni pun, aku mintak tolong shah ngan wawa gak. dorg gak yang tolong2 cover aku cakap. erm… rasanya, lepas ni, aku dah takleh nak buat majlis2 sosial camtu lagik. sebabnya, dorg2 tu dah nak grad pun. nak buat sorg rasa tak larat pulak. kalau aku ada transport, takpelah gak. huhuhu…. harap2 lepas ni, aku tak delah desperate sgt nak mintak tolong lagi ngan semua org…

Jumaat lepas, kuar makan ngan shah ngan wawa lagi… mana lagi kalau tak southall… kat ctu jek banyak makanan halal. tetiba rasa sedih plak bila dorg bercerita pasal nak balik bila, nak siapkan cecepat, nak balik cecepat. lagi2 bila aku kata ‘lepas ni nampaknya, aku kuar sorg2 jelah melayan hati yang lara…’ huhuhu

erm… lega sikit perasaan aku yang tiga hari aku pendam… idup kat cni rupanya bukanlah semudah yang se happy yang ku sangka dan harapkan. yang jelasnya, aku tetap keseorangan bila menghadapi masalh ni sorg. selalunya aku selalu share apa2 yang aku rasa ngan shah. lepas ni, erm… aku harap, adalah seseorang yang boleh aku share bila shah dah grad… hopefully…. amiiiinnn…

sebenarnya kan… kan… kan…

aku masih takleh ilangkan perasaan terasa hatiku ngan kata2 org tu… lagi2 bila melihat wajahnya… hai… entahlah…. sabo jelah kan… moga Allah tolong hilangkan perasaan jahatku ini…. amiiinnnn…

aku kene tendang dari Brunel…. waaaaaaaaaa

July 10th, 2008 by jeprizulkepli

pagi yang cerah ni aku dikejutkan dengan panggilan telefon… biasanya kalau org kol hs aku, aku takkan angkat… sebabnya 1 jek, dengan tahap cipan bahasa inggeris aku ni, lebih baik aku mendiamkan diri ajek… tapi, tah sebab apa tah arini, aku gagahkan diri jugak angkat phone tu… melihatkan no yang tertera, aku rasa aku tau area mana yang kol. mesti org2 brunel ni. manalah tau nak bagitau pasal penginapan ke, makan free ke, kene kuar dari hostel lagi ke sebab dah amaran kedua aku dapat sebab letak periuk nasik dalam bilik (letak pun takleh, kedekut space btol.sukati akulah, bilik aku.. huh!!!!.. dahlah org lain guna aku punya deepfryer, takkan periuk nasik pun nak letak kat kitchen… tensen btol)…

angkat je phone tu, tiba2 minah saleh berkata2… sib baik aku boleh tangkap apa yang dia cakap…. "Mr jafri, the dean want to see u. I hope u can come now"(lebih kuranglah camtu ayatnya, kalau salah maapkan lah insan yang kurang pengetahuan english ni yek." uiks… pehal plak tetiba dekan nak jumpa aku ni????? aku tertanya2 dalam hati…. oooo… baru aku teringat, maybe pasal progress report yang aku baru submit tu kot…. erm… maybe lah… huh!!! berdebarnya nak dapat keputusan. tah leh sambung tah tak…

dalam keadaan sejuk beku (nama jek summer, tapi tak macam summer pung… pelik btol coca kat sini), aku pun dengan baju yang baru beli kat disneyland paris (berlagaknyeeeeeeee…. kunun2 hensem lah, ceh!!!!!!!!), sambil tutup kepala sebab hujan menjelama dengan tetiba, aku menuju ke bilik dekan… aiseymen, mana plak bilik dekan ni…. huh!!!nama jek dok brunel, bilik dekan pun aku tak tau… teruk btol… jalan jelah… pastu tanya ngan kaunter tu, jumpa pun bilik dekan… dalam hati, berdebar2 sebab aku ni pestaim jumpa ngan dekan sini, org sini kata dekan ni bz semaca… tapi yang aku pelknya, pehal plak dia nak jumpa ngan mamat yang bengon english ni????? pelik…. huh!!! lantaklah… janji aku p jumpa dia….

ketuk jek pintu, dia suh aku masuk lepas aku kenalkan diri… lepas dia suh aku duduk, dia pun bagi aku satu sampul surat. ‘wat is this???’ aku tanya… pastu dia jawab… ‘just open it’….

aku bukak jek, maka tertera lah nama aku dengan kepala surat brunel business school… ai, pasal pe plak antar surat ucapan terima kasih sebab aku masuk brunel ni?????? patutnya hantarlah b4 aku daftar sini atau hantarlah lepas aku grad nanti… erm… aku pandang muka dia… sambil aku angkat kening… ‘I dun understand. what is this????"

dekan dengan selambanya berkata….

"your progress since last 6 months ago, is not very well. plus your poor english and your paper submitted in the PhD symposium is not worth it… so, we have made our decision. you cannot continue your study here"

aku dengar jek perkataan takleh sambung tuk next year, hampir berair mata aku ni… aku pun tanya balik, sebab apa aku takleh sambung? kenapa plak? aku baru 6 blan kat cni, baru jek jumpa gap… pastu dia cakap (tulis dalam melayu lah senang, malas plak nak tulis BI dalam keadaan sedih ni)…. salah u sendiri, siapa suruh malas nak join kelas, malas nak p seminar, lembab membaca… your sv also is not satisfied with your work!!!!

what??????? sv aku kata camtu… hampeh btol… dulu kata you done well… alih kata tak puas hati plak ngan aku… ceh!!!oooo…. berlakun rupanya sv aku ni… kata, its ok… its ok… abisnya, aku yang KO…

kuar jek dari bilik dekan tu, aku tgk ramai gak yang dapat sampul cam aku… bertanda merah… eh, apsal ada gak yang bertanda hijau… rupanya, admin kat cni dah tanda, mana yang failed, semuanya merah… yang pas, hijau… takpelah… bukan rejeki aku kat uxbridge ni… peliknya, aku taklah menangis sangat… eh, bukan, tak menangis langsung… kenapa ek? erm.. masa tu dah terbayang kat benak minda aku… ha, kompom lepas ni ada yang ngutuk aku… kata aku tak abis phd… lepas tu terbayang kisah2 sebelum aku buat phd ni. pernah menangis sebab takleh sambung kat brunel ni, sebab aku merampas kouta org… alhamdulillah, rayuan aku didengar Allah… berjaya jugak aku menjejak kan kaki kat cni… biarpun sedih meninggalkan harta pusaka dunia akhirat kat malaysia tu, tapi aku gagahkan diri gak… tapi la ni, aku terpaksa berpatah balik pulak… huhuhu… takpelah, bukan rejeki ku di sini or maybe rejeki setakat ini sahaja… lantak org nak kata apa… kalaulah dorg tau betapa seksanya nak cari gap phd ni, baru dorg tau langit ketujuh ngan kerak bumi tu jauh ke tak… huhuhu….

sambil jalan nak balik ke opis sebab aku nak kemas brg aku, aku terpikir, ada hikmahnya aku kene balik awal ni… at least, aku ada alasan nak buat kat Malaysia… pastu pk balik, sapalah nak amik aku ni… dulu semua tak reply bila aku approach… oooo…. takpe, Dr Razman masih ada… at least, aku bleh sambung kat uum… pastu buat ngan Dr Razman, in fact dia pun org system dynamics… takpelah brunel, ko tendang aku… tak heran, banyak tempat aku leh sambung balik… huh!!!! berlagaknya aku… pelik btol lah.. kenapa ek aku tak sedih… erm… maybe sebab aku pikirkan aku akan kembali bersatu dengan keluargaku… yeaaaaahhhh… may b that is the main reason kenapa aku tak sedih… takpelah…

elok jek aku jalan ke opis… tetiba ada org panggil aku… aku pusing jek belakang….

huh!!!!! mimpi rupanya aku…. aku masih berada di Brunel ini… atas katil.. dalam bilik 003, flat 14, flemming hall….. tgk2 jam, baru kol 7 pagi…. waaaaaaaaaaaaa…… sib baik… kalau tak, mesti meruntun air mata aku kluar sebab balik tanpa segulung ijazah kedoktoran… huhuh… mimpi yang menakutkan… hopefully, tak jadilah menda tu… baru aku tingat, yang aku blom lagi submit progress annual report kat Dr Tillal, sv aku… nampaknya, aku kene ubah ayat aku yang aku tulis sebelum ni….

‘this candidate is progress SO WELL’…. maybe sebab nilah aku mimpi tadi… perasan progress so well… cit!!!! pooooodaaaaahhhhh!!! huhuhuuh…. scary nya mimpi aku tadi… menakutkan….

tapi kan, lepas jek aku mimpi tadi, kenapa aku tak insap2????? masih lagi sambung tdo, pastu bangun, buat dunno jek, malas nak membaca, dok men frenster lah, ym lah, huhuhuhu… apalah nak jadi ngan aku niiiiiiiiiiiiii??????????????????? huhuhuhuhu

aluu…apa pelogeles???

May 19th, 2008 by jeprizulkepli

samekom… ko pekabo???

erm… aku???? alhamdulillah sehat… cuma la ni penat sikit… hehehe… kunun2 banyaklah keje aku kene kejar, padahal, tak wat pepe pun… erm… tahlah, kengkadang semangat aku ni ada, kengkadang tu ilang macam tu jek… teruk betul aku… cita2, berangan, membaca kunun2 nak start kol 8 pagi sampai kol 8 ptg (siang yang panjang), hampeh… berangan jek… erm… tahlah, mana ilangnya semangat aku tu pun aku tak tau…. yang aku tau…. erm… apa ek yang aku tau??? tah… aku pun taktau apa yang aku tak tau… isk… betul2 dah sewel aku ni… huhuhu

camana progress ko?????

waaaaaaaaa!!!!! jgnlah ko tanya soklan cepumas tu… aku pun payah nak cakap… ramai gak yang tanya, apa progress aku la ni??? apa yang aku nak jawab ha? entahlah, selama lima bulan aku kat cni, tak tau apa yang aku buat… macam takde apa2 pun… tapi, alhamdulillah, disebabkan aku ada simposium phd akhir bulan 5 ni, nak tak nak aku terpaksalah membuat chapter 1. nak kata bagus pun, tak jugak, sebab still kene refine balik…. 3 kali dah aku buat… still tak kene ngan kehendak bigbos… adusssss…. taktau lah nak buat camana lagi..minggu ni plak tak jadi jumpa bigboss. katanya bz.. kene jumpa minggu depanlah plak, lepas aku present masa kolokium group dia nanti selasa ni.. risau gak takut aku tak leh nak nak cakap ngan baik.. paham2 jelah tahap cipan english aku ni… berangan nak jadikan tahap gaban, tapi malas nak bercakap nagn org sekeliling… angan2 mat jenin btol… huhuhu..

artikel yang aku baca pun, aku taktau nak masukkan kat mana… tensen gak… aku ada tanya gak ngan kak sha, ikut pendapat dia, rasa2nya aku ni lembab ke cepat???? terkejut gak bila dia kata kata aku ni kira cepatlah gak, sebabnya org biasanya leh diskaber problem lepas setahun… tu pun ada yang satu setengah tahun… tu superbaizer dialah yang cakap…. superbaizer aku lagi best… katanya, org yang dah buat 2 tahun pun, tak dapat exact probelm yang dia nak solve… waaaaaaaa….leh caya ke semua dakyah2 tu???? erm… cam takleh caya jek… bukan apa, kak sha tu jenis yang tak berani (bukan tak berani ekceli, tapi nak jaga hati orglah katakan… )dah lama kenal dia, baru aku perasan dia camana… isk, aku ni, sempat gak mengumpat… tapi takpe, bukan dia baca pun….muahahahahaha…. jahat btol mulut.. cam longkang… huhuhu…

siap chapter 1 pun, bukan bermaknba aku dah adbance, rasanya macam banayk plak kurang… termasuklah apa yang sebenarnya aku nak buat… fokus… huhuhu tu yang payah aku nak cari… tahlah… masalah aku ni, kunun2 banyak masalah… tapi malas plak nak kaber masalah tu…. teruk btol… semangat yang hilang bak kata xpdc… sekarang ni, BBS plak buat satu prosedur sebelum nak naik ke tahun 2… kene isi form, pastu kene intebiu ngan beberapa org panel… waaaaaaaa….. nak nenagis aku bila dgr… berdebar plak aku bila nak kene intebiu ni… risau gak aku bila nak kene cakap ni omputih ni secara formal…. 1. sebab takut aku tak paham apa yang dorg tanya, 2. takut dorg yang tak paham apa yang aku cakap… tapi rasanya reason yang no 2 tu lebih2 lagi kot… almaklumlah, english aku kan tarap band 4 jek…… huuhuhu… harap2 lepaslah intebiu ni, risau sgt bila p amik borg tadi… erm… salah sendiri, sapa suh dok enjoy sepanjang berada disini (eh, aku enjoy ke dok cni????? takde kan… kan… kan. aku wat keje pe… cuma kengkadang jek tak wat keje… biasalah, kalau ikut dpinasi kgkdg aku, 2 hari sekali dalam seminggu pun, kira kengkadang gak kan????)….. huhu… tingat plak masa pestaim aku intebiu keje nak apply lecturer kat melaka… he ngan she pun aku jadi tungang terbalik… yang takleh aku lupa, bila isi borang….. name of spouse, aku letak nama ayah aku… manalah aku nak tau tu nama psangan, ingatkan nama penjaga ke, nama waris jari hantu ke,… huhuhu..tak penah dengar lah plak perkataan spouse tu… dulu masa blajar, tak plak kuar soalan spouse tu dalam subjek IT yang aku amik.. manalah nak tau kan… blajaq bahasa arab lagi best n senang… huhuhu…. well, salah sendirik jugak… huhuhu

erm… hoppuliS (harapan yang banyak, so kene ada ’s’lah kan???), aku leh lepas intebiu ni… amiiiinnnn…. ops, silap, biarlah semua bebudak (aku) n bapak2 n mak2 budak (yang lelain selain aku di BBS) lepas nak masuk tahun dua ni… pepetah, amik ekjem lagi senang… huhuhu

>>>>> blog ini telah diedit ketika penulis bosan mengadap hari2 yang mendatang kerana nak tunggu subuh punya pasal… oleh sebab entri ini telah disimpan (buat draft dulu) ketika penulis genap berusia 29 tahun(ptg 13 mei), maka penulis takut basi cerita ini, maka penulis telah memanaskan nye kembali<<<<< ayat….. cam hampeh jek… poyos!!!! (jama’ muzakkar salim (daripada perkataan poyo) aka plural dalam BI)huhuhu

ada sejam setengah lagi ni nak subuh… apa aku nak buat?????? buat bodo ngan taktau jek lah…. huhuhu

DEJAVU part 1

May 13th, 2008 by jeprizulkepli

selamat malam semua… cewah…. malam ni aku tak leh nak tdolah plak… mata mengantuk sebab semalam tak cukup tdo, rasa cam bengong2 jek kepala aku ni… tapi, mata takmo nak lelap… kenapa tah… huhuhu… alang2 aku berjaga ni, baik jaga terus…. tunggu subuh kol 230 pagi… cepat btol subuhnya…

dua tiga menjak ni, aku jadi blues plak… teringat kenangan2 masa kecik2 dulu… ala2 macam dejavu jek…  lebih2 lagi bila lepas tgk citer sutun 2…. huhuhu… tetiba jek teringat zaman aku masa moda2 dulu…. maka lepas jek aku abis nuntun citer tu, mulalah aku layan blues…. dgr lagu lama… lagu alikucing (alleycat), lagu ekamatra pusara dilebuh raya, lagu zaiton sameon kabut serangkai mawar (huh, lagu ni yang paling menyentuh perasaan aku), lagu karam zabarjad, lagu sudirman, lagu iklim, suci dalam debu (ingat arwah shahrizan), lagu khairul idlan aku yang kau panggil sayang, lagu massa, patahnya sayap malam, lagu CRK cinta dan air mata dan banyak lagilah…. yeeeeeaaaahhhhhh… tak terasa plak aku kat kat negara omputih… yelah, dok memerap jek kat dalam bilik…. dok layan jiwang sengsorg…. huhuhu….

org kata, kalau kita tetiba teringat selalu jaman2 kecik2 ni, erm… bahase saintipiknya, dejavu, katanya maut nak menjemput… erm… tahlah, tah betul, tah tak… tapi mmg tetiba jek aku rasa cam ni… agaknya sebab aku dah masuk jaman 30an kot… erm… kira ni hari pertama aku melangkah ke alam 30an lah kan…. erm…. dah tua rupanya aku ni…. tapi kenapa aku selalu merasa muda ek???? uweeeeekkkkk….. geli plak aku baca… huhuhu

erm…. nak citer sikit jaman2 aku muda2 dulu…. dari budak hingusan kebudak nakal kebudak skima kebudak alim (alim keRRRRR????) ke remaja skima ke remaja kurus keremaja gemuk kedewasa bujang kedewasa suami org kedewasa bapak org…. (erm… rindu kat iman… apa kabarlah dia kat sana dibawah jagaan ita… zah p kemping pandu putri maktab dia plak… sian iman… selalu kene tinggal… kuatkan semangat ye iman…. walid sentiasa doakna iman kuat semangat macam walid gak..kuat keRRRRR????.. huhuhu)

darjah 1 zuhal, kat sekolah rendah damansara utama, erm… apa yang aku ingat ek… tak banyak rasanya. dapat cekgu cina, tapi pasih cakap melayu.. anak dia siap satu kelas lagi ngan aku. ceh! tak aci sungguh!!! (ooo… dulu mana tau aci tak aci kan).. cam biasa, budak2 baru masuk sekolah… dengan aku yang tak pernah masuk tadika… tapi alhamdulillah, leh gak aku hapal abc dengan cepat… sebab dulu sebelum masuk sekolah selalu main cekgu2 ngan kakja (kakak atas aku)…. rasanya kalau dia tak jadi cekgu time tu, tak sampai aku ke tahap ni. disebabkan pestasi aku yang memberangsangkan (kunun nyaaaa), maka cikgu tho gantikan aku untuk menerima program susu sekolah hat yang free punya tu (nak beli tak mampu, so telan ayaq liuq jelah) dengan org lain… sebab budak tu selalu buat hal… hehehe…. ingat lagi muka budak tu camana… kalaulah dulu aku tau tak baik buat camni, sah2 aku akan tolak rejeki tu, sebab terasa plak macam gumbira diatas penderitaan org lain… cewwwwaaahhh!!! penggal 3 aku masuk plak sekolah agama…. kira pagi sekolah agama, ptg g sekolah kebangsaan…. g sekolah kebangsaan, terpaksa menyeberang sungai… sampai sungai, bukak kasut dulu, pastu seberang, pakai balik kasut, jalan dekat 3 km (eh, tak ingat plak berapa km, dulu mana reti kira) siap naik bukit turun bukit lagi… pagi g sekolah agama, selalu ikut jalan belakang umah… jauh gak, taktau berapa km. siap kene lalu lombong yang org2 tua selalu citer, memalam akan dngr org berkawat.. katanya kawasan jepun kene pancung dulu, so selalulah dgr citer askar takde kepala berkawat…. selalu gak aku kene kejar bila nak g sekolah agama ni. tak angsa yang kejar aku, itik, tak itik, lembu, tak lembu, kambing, tak kambing, anjing (ni paling aku takut)… semua binatang aku takut dulu..ayam jantan pun penah kejar aku.. pengecot btol… huhuuh… la ni kawasn tu dah jadi bandar utama pun… heheh… rumah sapalah yang dapat kawsan jamban kayu umah aku dulu… sian kat org yang dapat kawasn umah aku dulu tu…

masuk darjah dua, masuk kelas 2 marikh, pernah kene lempang ngan cikgu chombee (cekgu kelas) masa ujian lisan… sebabnya, aku taktau nak bezakan antara kapal2 yang disebutkan… ada banyak jenis kapal kat situ termasuklah sampan… kira pengangkutan lautlah… yang aku ingat, aku sebut kete kebal… pang!!! kenelempang… seddey… aku yang cengeng ni pun nangis…. sampai sekarang aku ingat…. la ni semua jenia pengangkutan darat aku tau… opkos lah… sebab dah masuk u kan… kalau tak tau mmg budak sindrom down lah aku ni… sekolah agama plak waktu ptg… kene ngan ustaz wahid, guru besar sebagai guru kelas… selalu nyorok dalam almari… alih2 satu hari tu, kene sebat ngan ustaz wahid (garang btol ustaz ni…) sebab selalu main2 dalam almari… kene sebat kat tapak kaki plak tu… huh!!!sejak tu, tak pernah nak men lagi dalam almari… lagi satu takleh lupa…. huhuhu…. aku tipu mak aku time posa…. aku dah minum pun air watekuler kat sekolah… alih2, lepas balik dari sekolah, aku pun mengadap hidangan seperti biasa macam betul2 org bukak posa… huh!!!sampai sekarang mak aku tak tau aku tak posa sebenarnya time tu…. teruk betol aku ni…. lupa plak, ada satu lagi pistiwa yang takleh kulupakan… aku nyaris2 lemas dihanyutkan sungai yang selalu aku seberang nak kesekolah tu… waktu balik dari sekolah, tgk air cam dalam, maklumlah pas ujan. pastu adalah makcik indon (sebab lalu kawasan dorg nak g skolah ni) cakap jgn seberang, air kuat… aku tak peduli, nak cepat punya pasal, sebab kalau ikut jalan lain, jauh giler… aku pun seberang… hampir tengah2 sungai tu, aku dihanyutkan… mujurlah kaki aku kuat lagi time tu. berjaya membuat tapak yang kukuh.. huh!!! air paras dada aku tuh!!! sib baik aku berjaya patah balik, kalau tak, tak jumpalah aku dalam blog ni…. panjang umur aku ek…

darjah tiga zuhal plak, kene ngan cikgu cina… cikgu tan… garang gak… penah kene marah gak, sebab aku kacau dia ngan wat kira2… bukan pe, tanya nak g tandas jek… pastu kene marah… huh!!!tak psl2 betol… last, aku g basuh tangan jek. takde mud dah nak buang ayo kecil (sopannyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr ayat….)kat sekolah agama plak, kene plak ngan ustzh yg garang gilerrrrrrrrrrrrrrrrrr…. asal salah, rotan, salah sikit, tarik tinge, salah sikit, diri atas kusi, salah sikit, ketuk ketampi. salah ajek, diri atas meja.. sib baik aku terer… tapi still kene marah gak, sebab…. sebab…. erm…. tahlah, sebab apa… sebab tulah aku kata dia garang gilerrrrrrrrrrrrrrrr…………

darjah 4, aku pindah umah, daripada umah papan setinggan, kerumah batu… pestaim ada letrik, ada peti ais, ada tepon… huh!!! time tu mmg jakun, asal seminit bukak peti ais (wpun kosong sebenarnya peti ais tu, saja gatal nak bukak, yelah, sejuk kan…) dulu masa umah pakai generator, kol 7 malam baru ada api… nak tgk citer suria pekasa itam, gaban, ottromen, oshin, meoro attack (betul ke aku eja ek), semuanya tak leh… sebab lambat sgt…. la ni, ada letrik sendiri, senang sikit nak tb… darjah 4 musytari, kene ngan cikgu india, cikgu devi… garanglah gak…. siap aku kene piat tinger masa peksa akhir tahun… sebabnya, aku lambat antar ketas jwapan aku… musykil aku sebenarnya, aku dah antar dah ketas jawapan aku, tapi bila cek2 balik… kenapa masih ada lagi ek????ketas sapa plak yang aku antar ek???  erm…. sekolah agam plak??? erm… cam biasa…. gelagat kene kejar tetap ada… kali ni anjing plak… ingatkan dah pindah leh selamat…. rupanya tak gak… huhuh

darjah lima musytari… dapat cikgu yang best giler…. dahlah lawak… hari2 buat lakonan, aktiviti yang paling aku suka…. sebab takyah belajo… hehehe…. tapi takleh lupa, bila dapat cekgu pektikal lelaki yang terang2 berat sebelah pada kaum adam… kalau pompuan, tertinggal alat lukisan takpe… lain kali jgn lupa bawak… tapi kalau lelaki, kenapa tinggal? kenapa tak bawak? kenapa tak der? pergi diri diluar kelas…. geng2 aku masa tu semua menyampah ngan dia… huh!!! tak de etika btol cekgunya…. harap2 zaman ni takde la ye… g sekolah plak pestaim naik beskal, nenek cina bagi… tapi yang paling tak tahan…. tetap kene kejar… kali ni anjing2 yang berada disekitar umah damansara utama tu…. kengkadang tu, sampai dua tiga kali kene kejar… sib baik naik beskal…. huhuhu… masa akhir tahun plak, ustaz (sekolah agama) buat rombongan p melaka… pestaim jenjalan…. sib baik mak aku benarkan… ptg, pas jenjalan kat area melaka tu, glah tanjung bidara… mandi manda… tak semena2, aku rasa ada org tarik aku ke tengah laut… argggghhhh!!!! aku lemas…. terkapai2 aku… dahlah tak reti berenang… sib baik arus tolak aku ke tepi… lama jugaklah… gelen gaklah air masin aku telan… pastu, tetiba ada org jerit, bagitau shahrizan lemas…. erm… kawan baik aku… lepas tu, maybe ajal dah sampai, maka tak dan nak selamatkan dia… sedih aku, sebab aku rasa dia yang tarik aku, sebab arus tarik dia kot… erm… panjang lagi umur aku ek… kalau tak, arwah dah aku ni… huhuhu

darjah enam musytari… dapat cekgu melayu, pn naimah… best gak cekgunya… amik upsr dapat 2a 2b… taklah pandai sgt… tapi yang bestnya, takde sapa yang leh potong aku terutamanya subjek agama… ada sorg budak ni, nama alena, anak seorg dokter, sekuat mana dia blajo, sekuat mana dia menelaah, tetap takleh kalahkan aku… hehehehe.. berlagaknya aku… tapi subjek agama jelah… subjek lain, macam alam manusia, matematik, bm pelagi bi, aku jauh meninggalkan dia….eh… dia jauh meninggalkan aku…. bodo sikit aku time ni…. pastu time subjek agama plak, selalu amik upah tolong kengkawan tuliskan jawi…. heheheh… teruk btol aku… takpe, tulun kengkawan yang tak sekolah agama kan…. so, jawinya lembab sikit….isk… tak baik aku ngutuk… masa hari sukan, cekgu kelas tanya pasal sesapa yang nak amsuk tarik tali… pastu, aku pun angkat tangan… member aku sorg ni pun angkat tangan…. dia nampak aku angkat tangan, dia pun tanya, eh… jefri, awak kuat ke nak masuk tarik tali tu???? wah!!! statement! sungguh berlagaks… pastu, aku turun balik tangan aku, time tu jugak aku doa…Ya Allah, jgnlah bagi sesapa menang sekalipun no 3 sekiranya aku tak masuk dalam pertandingan yang dianjurkan… tup2, makbul doa aku… banyak2 sukan yang dipertandingkan, yang menang 4×100m jek… tu pun no 3 n pompuan yang masuk… ha, amik ko… kutuk aku lagi… makbul doa org yang teraniaya ni (eh, jap, aku ni kira teraniaya ke ek????) ala, bolehlah kira teraniaya… cekgu pun pelik napa semua leh kalah, padahal bebudak aku kebanyakkannya semuanya wakil sekolah. huh!!! padan muka… sapa suh kutuk aku… huhuhu…. sekolah agama plak, dilantik jadi ketua pengawas… tensen, sebab hehari aku yang kene berdiri kat depan, baca doa… buat jadual tugas, semua ngelat… aku pun amik keputusan drastik, satu hari tu, aku nyorok kat library… pastu tak semene2 kantoilah plak ngan guru beso… dah kene sebat depan bebudak… huh!!!ketua pengawas paling brutal penah aku tgk… huhuhu…. lelain, bila dapat hadiah kain daripada GB sebab daat SDE kedua terbaik bagi sesi petang….

bila ingat zaman sekolah rendah ni, aku terbayangkan seorang kawan aku ni… kawan dia dari darjah 2 sampailah darjah 6… namanya abdul manan othman. bapaknya dulu wakil rakyat pendang, othman abdul kalau tak silap… dulu masa bapak dia menang pilihanraya, siap dia blanja kami lagi satu kelas… best btol….. manalah dia ek… banayk yang aku utang ngan dia… yela, selalu dulu blanja aku makan masa rehat… org kampung kan…. mak aku bagi 3posen jek sehari, tuk dua sekolah… so, duit tu aku simpan tuk sekolah agama… hehari aku nempel ngan manan ni… hehari jugaklah dia blanja aku… huhuhuh… bila pk balik, rasa malu pun ada sebab selalu nempel nagn dia…. kgkdg tu, dia yang bagi, aku tak mintak pun…. kenkadang aku cakap pinjam duit dia, tapi tak pernah pulak aku bayo… huh!!! kalaulah aku mati ketika ni, taktaulah aku nak bayar balik utang2 aku ngan dia… lama gak aku mencari kengkawan lama, tapi tak jumpa pung..geng2 darjah lima ngan enam yang paling rapat… main sesama, beratur sesama, selalu sep tempat depan sekali dengan letak jelah batu ke, bekas air ke, kasut pun kami siap letak semata2 nak beratur kat depan… sebut pasal beratur ni, tingat plak masa aku darjah lima. kene beratur dua2, dalam dewan… so, bila dewan tak bukak lagi, semata2 nak beratur kat depan, kami pun peganglah tangan sesiap, aku ngan kawan aku, sapa tah, lupa… khairul faizi kot… pegang punya pegang, bila bukak jek pintu dewan, kami pun berlarilah nak p lorong kami beratur… nak dijadikan citer, aku ke depan, yang partner aku plak ke arah lain… pelik plak, sepatutnya, sama arahlah kan, sebab satu kelas. tapi bila jek aku pandang sebelah kanan aku…. waaaaaarrrrrggggghhhhh!!!!! aku tak tau kenapa BUDAK INDIA POMPUAN mana tah yang aku pegang tangan tu… huh!!!! malu gilerssssssssss time tu… tapi takpe, bebudak lagi kan… tak sorg pun tau aku penah pgg tangan india semata nak beratur… takpe… takpe… pengalaman tuh… susah nak cari… huhuhu….

cari gak kengkawan lama ni… macam hasni zakry, hazim, manan, ahmad arif akil (sampai darjah 3, pastu pindah kedah)… nilah yang selalu aku betandang umah dorg, sebab umah org kaya2 kan… amik kokurikulum pun sesama…tapi sorg pun tak jumpa… yelah, aku masuk sekolah menegah sekolah agama, pastu behijrah ke kedah, mana nak jumpa kan…huhuhu… sedihlah, lagi bila ingatkan dorg… kawan2 sepermainan… cari2 gak, kot2 jumpa tapi sorg pun tak jumpa, kecualilah nabhan mahfodz… tu pun sebab dapat sekolah menegah yang sama…

sebut psl sekolah menengah, sebelum aku masuk SAMTTAJ (sekolah agama menengah tinggi tengku ampuan jemaah) shah alam, banayk gak karenah aku kene tempuh… memula, sejak aku belom amik SDE lagi, aku nak cakap ngan mak aku nak dok kat asrama… mak aku tak bagi… bila dapat tawaran, aku tanya lagi… mak aku tetap berkeras tak bagi… katanya aku kecik lagi, tak pandai berdikari..borg tu pun aku tak isi, aku pulangkan balik… tapi masa hari terakhir kat sekolah kebangsaan tu, tetiba jek mak aku cakap suh aku isi balik borang asrama yang aku mintak tu… erm… takde rejeki aku, borg tu ustazah dah bagi balik kat JAIS… tapi tanpa pengetahuan mak ayah aku, aku ada isi gak borg nak p sekolah jais lepas upsr tu guna borg yang ustazah sekolah kebangsaan bagi… ustazah sekolah tu suruh… aku pun isi lah… alhamdulillah, aku diterima masuk ke samttaj lepas mak ayah aku turun naik jais tu mintak aku dapat sekolah agama…. erm… meybe rejeki aku dah tersurat kat situ… maka masuklah aku kat sekolah tu….

panjang dah ni… aku pun ngantok… nanti de masa aku sambung lagi tuk part 2. untuk kenangan sekolah menegah.

kengkadang tu, rasa macam nak kembali jek kezaman kanak2 dulu…. sonok… takyah pk banyak benda.. dah keje ni, memacam plak kene pk kan…. tapi tulah, life goes on… wah!!! skiping plak aku ni…

jumpa di episod seterusnya… kalau aku ada masa lah ek… hehehe

~~~blog ini ditulis ketika penulis sedang melayan bluesnya dengan mendengar lagu2 zaman silam sesambil merenung kembali kezaman silam, pada pukul 230 pagi, 14 Mei, hari pertama penulis berada pada umur 30 tahun~~~~~

ayam n kek dihari lahirku… cam tajuk lagu plak…

May 12th, 2008 by jeprizulkepli

aku terbangun malam ni… dah tdo pukul 1130 pas isyak, tetiba ada org ketuk tingkap aku… ingatkan sapalah tadi, sib baik aku ni jenis yang tak tdo mati… kalau dak, taktaulah apa nasib dorg berdua, si wawa ngan shah… sib baiklah jugak bilik paling bawah, so senang dorg nak kejut aku… datang kat bilik semata-mata nak bagi serperais tuk aku sempena besday aku yang ke 29…. huhuhuu….

terharunyeeeeeeeeeeeeeeeeeee aku ngan dorg ni, yang aku anggap cam adik aku sendiri…. almakluma jelah, aku pun kat cni sorg2 jek… tak sangka lah plak dorg sanggup meredah malam, tuk antar kek ngan ayam goreng tuk aku… ngan mata mengantuk plus sedih pun ada sebab terharu, ngan rambut serabut baru bangun tdo… aku pun kuar ke bilik…. nak bagi ikut tingkap, tak muat plak… sebab aku pun tak reti nak bukak tingkap nya… leh bukak sikit jek… apsal org lain bleh bukak plak ek, aku takleh…. sebab aku ni bengap sikit kot, sebab tu takleh nak bukak…. huhuhu

well, kengkadang tu bila menghitung hari rasa makin sedih plak… bukan sebab apa, sebab mengenangkan yang adik2 aku ni, bakal abiskan master dorg… sedih gak, sebab pasni aku taktau nak g memana ngan sesapa… yelah, biasanya aku ngan shah ngan wawa… kalau tak, aku kuar sorg…. nak kuar ngan kak aida, seganlah plak sebab aku sorg jek lelaki…. pulak tu, if aniting hapen, pasti aku yang berlindung disebalik kak aida, sebab kak aida ada sipat2 kepahlawanan…. ala2 darah tun patimah…. hehehehe…. yang iyenye, kalau kuar ngan kak aoda, aku mmg segan, sebab…… yelah, sebab segan…bukankah segan itu suatu sebab jugak kan… abis apa aku nak cakap lagi……huhuhu…. unless kalau abang mahadi ikut sekali, ha, yang tu baru aku join kak aida gak… kalau aku sorg, taknaklah…. huhuhu

citer pasal shah ni, kengkadang rasa sedih plak bila dia dah nak abis… sedih sebab lepas ni aku dah takde geng nak kuar lagi… dah takde cekgu nak ajo aku beli brg2 dapur, masak memacam… kalau tak, haram aku nak tau camana nak bakar ayam, apa yang perlu beli… huh!!! banyak gak ilmu yang aku tuntut ngan dia ni ek… hatta nak g tesco hayes ngan nak beli brg kat ebay pun aku mintak tulun dia… bukan pe, takut pengalaman yang lepas yang duit aku sangkut tu, terjadi lagi… ikutkan 2x sangkut…. tapi mujur kali kedua tu ngan MAS, so aku blasah jek cakap melayu…. hat kene cakap ngan omputih tu lah yang jadi masalah aku… dengan tahap BI aku yang cipan ini, tu yg jadi msalah besar dalam idup ku… huhuhu… taktaulah nak present masa simposium tu nanti camana…. eh, lari topik plak ek… sori….:D

apa aku citer tadi? ha, pasal ebay… kengkadang segan gak ngan shah, asal aku nak beli brg jek, aku mintak tulun dia bid kan… tah  bila aku nak bid pun  aku tak tau… teruk betol aku ni kan….(yaaaaa…. mmg teruk ko ni….) huhuhu erm… pasni, ada beberapa ketika jek nak abiskan tuntut ilmu ngan shah tu… termasuklah cara2 nak perap ayam ngan yogat… nak bakar… ilmu tak diturunkan lagi…. ada ke org perap ayam ngan yogat ek???? huhuhuhu

kenal ngan shah, maka kenallah aku ngan wawa… aku selalu panggil dia anak mat aron jek, ala2 panggilan arab… ibni mat aron…hehehe… rasa cam best plak panggil dia ngan wawa mat aron… sebab selalunya, kalau kuar, mesti sekali ngan dia… baik gak… walaupun aku selalu dok kutuk dia hantu lilin sebab setiap gambar yang diambil, mesti ada gambar dia… tapi, alhamdulillah, dia tak makan hati…. setakat yang aku taulah…. kalau dia amik hati, takpe, nanti aku mintak maap sebelum dia balik kenegara asalnya…. dulu masa air panas aku tak bepongsi, bukan main payah aku nak susun ayat nak suh sekuriti tu dtg cek, suh betulkan. sebab tak tahan aku nak mandi ayo sejuk, kene plak time coti..ni kali kedua plak tu… tu yg aku tak tahan…huhuhu…. sib baik wawa ajo aku camana nak cakap… dan dia jugak yang perangatkan aku suh tepon jek sekuriti tu…. dengan langkah yang tak berapa berani, aku tepon, alhamdulillah, berjaya jugak kali ni aku bercakap (tak paham sebenarnya apa yang dia cakap, yang aku dgr n paham sesikit, no bilik, no flat, ngan dia mai esok… sebab apa, tah!!! aku pun taktau dia bagai tau sebab apa, sebab aku pun tak paham apa dia cakap… muahahahahaha… bengong betul aku ni)…huhuhuhu…. mujurlah wawa suh aku tepon gak… kalau tak, mau tak mandi aku sebab air sejuk sgt… kalau bilik shah dekat, bolehlah aku menumpang mandi, ni jauh giler…. takpun terpaksalah aku masak air berkali2 sebab nak mandi air panas…  tak sgka plak dia nak masakkan kek tuk aku… tu yg terharu tueeeeeee……. banyak plak tu… pasni badan aku pasti kembali seperti asal…. rajin betol anak mat aron ni…beruntung sapa yang dapat anak mat aron ni… hehehehe.. erm…. wat eber pun, i tink aaaaaa….. dis is d best among d best besday pati to me (sebab semua besday pati aku best2 wpun hanya disambut sebanyak 3x jek sepanjang aku 29 tahun ni, eh… betul ke aku kira ha???? alah, tak kisahlah… janji aku bahagia)…. huhuhu

wat eber it is, aku syukur sgt ke hadrat Ilahi, Allah kurniakan aku kengkawan yang baik2 kat brunel ni… termasuklah 2 org yang aku anggap adik aku… banyak bantu aku lebih2 lagi bila nak bercakap omputih ni… erm…. tahlah, bilalah nak maju english aku ni  daripada tahap cipan ketahap gaban, aku pun tak tau….

jap… nak tunjukkan makanan yang dorg bekalkan kat aku… hehehe… lama plak tak masukkan gambar dalam blog aku, wpun aku tau, takde pun org nak baca blog ni…. huhuhu

S7300336_3

ha… nilah kek yang disumbangkan oleh penaja (wawa mat aron) sempena hari ketuaan aku… nama kek ni, ialah kek wawacekelatdalampiringyangleper….  kene pulang balik ni yg menjadi masalah beso aku… nak bagi apa ek???? aiseymen….

S7300337_1

yang ni pulak, ayam goreng yang disumbangkan oleh penaja (shah n wawa)…. nama ayam goreng ni…ayamgorengdagingbanyakbersamapemperais…. erm… nak kene balas gak ni… nak bagi apa ek???? adoi…. mslah btol aku ni…. takkan aku nak bagi cikap kipas udang ngan onion ring goreng? abis, dah tu jek aku makan hehari… huhuhu…..

apapun, syukur aku masih hidup di usia yang lanjut ni… erm… tak sabar nak balik jumpa iman ngan zah…. lama tak tgk iman… hoppuli, dia masih ingatkan aku ni… risau gak kalau dia tak ingat kat aku… huhuhuu….

ilal liqaq….

aku ke yang salah… huhu

April 17th, 2008 by jeprizulkepli

salam… jumpa lagi kepada peminat2 blog aku… ceh!!! poyo jek aku ni, macamlah ada org baca blog aku… tah tah… takder sorg pun baca, aku yang syok sendiri… alah, tak kiisahlah… janji aku leh releasekan tensen… aku ngah buat ayat2 dalam BI ni… tuk proposal aku, tapikan, tak de idea plak… semalam banyak plak idea… tapi biasalah, melompat2 perginya… sat masuk topik a, sat masuk topik b.. erm… bak kata kak sha, takpe… itu biasa… buat jek.. nanti susunlah balik… erm… buat jelah kan, janji aku leh siapkan at least untuk simposium phd bulan mei ni… lagipun, la ni aku pun ngah tensen sebabnya… org2 dalam opis aku ni (kebanyakan org arab) cakapnya, macam sebetu jauhnya. aku yang guna headphone ni pun leh dgr sora dorg… isk, takde etika btol… aku borak ngan kak sha yang satu opis pun pakai ym… semata2 hormatkan org2 dalam opis ni… dorg ni… isk… mmg tak blajo pendidikan jasmani btol… tgk betapa baiknya org2 malaysia ni, paham adat dan budaya, kalau kami cakap sesama pun kami cakap dalam bahasa inggeris, bukan nak belagak, tapi supaya dorg paham apa yang kami cakap (taktaulah dorg paham ke tak dengan tahap cipan BI kami ni)… nak gtau yang kitorg ni tak ngumpat dorg… kalau nak cakap melayu, borak dalam ym… tapi dorg ni, macam yang aku cakaplah… takde perasaan betol… arghhhh!!!! tensen siotttt!!!!!

kita cite lain lah plak ek… nak tunggu org2 hati batu ni (isk, tak baik pulak aku ni, dahlah malam jemaat)…ops… tukar2… org2 yang baik hati ni, nak tunggu benti sampai esok pun tak berenti cakapnya. baik aku citer apa yang aku rasa selama tiga bulan aku kat cni….

since aku sejak sampai cni, ramai gak yang tanya aku, camana dok kat negara org, best ke tak??? erm… apa yang aku leh jawab??? org2 kat cni yang paham perasaan aku… tu pun ada gak yang kengkadang tu tak paham gak… nampak jek aku ok, tapi hakikatnya, memana aku p, aku mesti ingat kat iman ngan zah…. kalau jenjalan kat uxbridge tu, kalau ternampak anak2 org yang hampir2 sebaya ngan iman, aku mesti rasa cam nak menangis… tapi, tahanlah cecepat…. sebab nanti org ingat kenapa plak… alhamdulillah, Allah sentiasa bersamaku, menenangkan pikiran ku dikala aku kesepian… huhuhu sodeh plak….

ada gak yang kata aku ni pentingkan diri sendiri…tanya, dah tau org umah mintak KPLI, kenapa mintak jejauh?? kalaulah dorg tau yang aku ni TAK PERNAH nak mimpi blajo jejauh ni.. bagi aku, kalau nak improve english pun, aku akan ke UIA. tapi, tulah, bukan aku tak pernah apply mana2 universiti kat dalam, tapi maybe sebab aku ni tak pandai, maka semua tak reply email aku… dulu pun masa intebiu tutor, selamba rock jek aku jawab aku taknak sambung kat luar sebab aku ni iman tak kuat, so aku takut terpengaruh. risau… tapi maybe dah ditakdirkan aku berada kat UK ni, aku pasrah jek… hakikatnya, tak pernah termimpi pun dalam hidup aku ni tuk p jejauh dari keluarga….

pastu, ada gak yang tanya… dah mintak jejauh tu, kenapa tak suh jek org umah abaikan KPLI tu… biarkan jek… kene tegas sikit pada bini suh ikut sekali…. erm…. aku bukan jenis yang suka pentingkan diri sendiri, apa yang aku pk time zah dapat KPLI tu, aku syukur ke hadrat Ilahi, sebab dah lama mengidamkan jawatan cekgu tu… lama sungguh, sampai mintak kali kelima baru lepas… tulah rejeki namanya kan, tak siapa yang tahu…

mungkin ada yang pk aku dok sini sonok sengsorg, sebab takde bini… huh!!!! apa yang aku boleh jwb, aku senyum jek… sebab, hanya Allah dan aku sahaja yang tau apa yang aku rasa… seronok secara zahir, derita secara batin… tapi mesti ke aku tunjukkan sedih aku kat org? habis habis org akan kata, sabar bebanyak… sabar bebanyak… tapi betullah apa yang dorg kata tu, aku pun selalu kata camtu kalau org ada masalah…. hakikatnya kini aku sedar, org akan sedih ngan kita kejap sahaja sebenarnya… kita sentiasa sendiri sebenarnya walaupun kita dah kawin, dah ada anak…. dah ada keluarga… hatta, kalau kita mati pun, sampai kita masuk kubur sahajalah org akan sedih, bila dah semua balik rumah, susah nak cari org yang sentiasa sedih… tapi bagus jugak camtu, bak kata omputih, life must go on… huhuhu

aku nak jenjalan bulan May ni, saja mereleasekan tension… tapi bila aku cakap kat seseorg aku nak berjalan, bila dia kata aku ni jalan jek, tak ingat kat anak bini ke????????? arghHHH!!!!

adakah dengan berjalan sakan tu aku akan melupakan pada anak bini?????? TIDAK!!!!! bahkan aku sentiasa ingat…. kalau tak percaya, tanya Allah dalam munajat yang dilakukan…. hanya cara tu jelah yang boleh menghilangkan SEDIKIT rindu pada anak bini… sebelum ni, aku tak pernah meletakkan gambar anak bini aku dalam wallet aku, tapi sejak aku kesini, gambar tu jelah yang menjadi tatapan aku kala nak tidur, kala aku kesepian, kala aku sendiri memikirkan nasib masa hadapanku, kala merah, kala biru, kala hijau serta kala2 yang lain dan tak lupa juga kala jengking (aku terpaksa buat lawak sikit sebab air mata aku dah mengalir ni, malu plak aku kat rerakan seopis, lagi2 kak sha sebab dia dok depan aku)….

aku ke yang salah sebab aku tak tegas pada bini aku supaya tinggalkan je KPLI tu? aku ke yang salah sebab aku pentingkan diri sendiri semata nak sambung phd n buat kat luar pulak tu? aku ke yang salah sebab tinggalkan bini aku pelihara anak aku sengsorg??? aku jugak ke yang salah bila aku kuar berjalan masa kat UK ni???? salah aku ke sebab aku tinggalkan famili aku aku mesia???

bak kata shah, biarlah apa org lain kata, asalkan kita tahu apa yang kita buat… erm… aku pun pernah cakap macam tu kat diri aku, tapi kengkadang aku pun terbabas gak… makan hati ngan apa yang org lain cakap tu…. sungguhpun dorg tak sepesifiknya maksudkan aku, tapi jiwa aku yang sensitip ni… tetap terasa… aku pendam jelah…. nak wat camana kan…

nampak macam gembira, tapi hati ini siapalah yang tahu…. huhuhuhuhuu…..

aku yang makin tensen…huhuh

April 10th, 2008 by jeprizulkepli

aku dok kat opis ni… rasa malas plak nak membaca… rutin harian yang membusankan… baca pun, tak paham apa  yang aku baca… pulak tu, main kopi n pes jek kejenya bila nak wat summary….

erm.. takde tempat aku nak luahkan perasaan ku ketika ini.. sib baik blog ni ada… arrrgggghhhh!!!! tensennye… 3 bulan dah aku kat cni. tapi, macam takder progress jek… dahlah nak review bulan 5 ni, proposal pun aku blom buat… nak wat cmana… gap nyer aku tak jumpa lagi… erm… org lain (rerakan semeleysia) semuanya dah ada memacam… kak sha, dah 3 paper dia antar, kak aida dah start programming, abang mahadi dah setel dia punya proposal, fandi…toksah  kiralah… dia lagi adbance… jepri zulkepli???? huh!!! habuk pun tarak… waaaaaaaa….. rasa cam nak balik mengajar jek… tapi kalau aku balik pun, mesti org dok gelakkan aku… pastu ngata aku… waaaaa…. kemana lagi nak kutuju….

beginilah nasib diriku yang malang oh Tuhan…..

erm… semalam p jumpa svisor…. erm… alhamdulillah, kali ni tak tersekat2 aku bercakap… tapi, nampak macam dia tak paham jek apa yang aku cakap… siap aku terlepas lagi cakap melayu ngan dia… "i want to do like this lah…. erm… ala, camana nak cakap ni"…. huh!! mujur dia tak paham… wat malu jek aku ni… banyak gak Dr Tillal bagi idea kat aku, tapi masalahnya…. student dia sorg ni yang tak paham2 ni…. albengap betollah…susah gak aku nak mulakan topik baru ni… no wonderlah ramai yang kata phd ni susah… tulah… dulu berlagak sgt, la ni… padan ngan muka aku… huhuhu

oklah… nak sambung kije…. lain yang aku plan, lain plak yang aku buat rini… huhuhu